MENU

Artis-artis terkenal menjayakan program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor bagi memeriahkan sambutan perayaan peringkat negeri pada tahun ini.

Mereka antaranya Siti Nordiana, Najwa Latif, Bunkface, Roy, Azmi Caliph busker, Aishah, Ropee dan Ahmad Yassin yang memiliki suara mirip Allahyarham Datuk Ahmad Jais dan penampilan khas Che Puan Juliana Evans.

Selebriti Salleh Yaacob dan Raja Azura turut bergandingan sebagai pengacara bersama dalam program bertema Raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Program selama sejam itu menghidangkan persembahan nyanyian, sketsa dan wawancara. Rancangan seni ini akan disiarkan pada 9 malam, hari kedua Syawal melalui SelangorTV (www.selangortv.my).

 

Laungan takbir raya yang menjadi sebahagian program tersebut pula dipimpin imam Masjid Negeri Selangor Abdul Karim Omar bersama Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor.