MENU

Unit Latihan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Ceramah Sempena Hari Sumber Manusia Dan Inovasi Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2015 – Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan pada 15hb. Oktober, 2015. Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 96 orang kakitangan dari pelbagai kumpulan dan jabatan. Selain itu, agensi luar juga dijemput untuk menghadiri taklimat ini. Taklimat disampaikan oleh Puan Norliza Binti Abu Othman dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Selangor.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mengenalpasti peruntukan undang – undang dan mengenalpasti keutamaan tanggungjawab majikan dan pekerjaan menurut AKKP 1994.

Diharapkan dengan adanya taklimat ini, elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan  dapat diwujudkan dengan adanya komitmen pihak pengurusan dan pekerja.

pic