MENU

Pada 9hb. Oktober 2015, Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah Hijrah Dan Pengorbanan Di Majlis Perbandaran Kajang.  Ceramah telah berlangsung di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj. Ustaz Nushi bin Mahfodz dari KUISCELL telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Seramai 106 orang kakitangan dari pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri ceramah ini.

Tujuan ceramah ini diadakan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Maal Hijrah. Penceramah menekankan kepentingan aspek pengorbanan yang mendekatkan kita kepada Allah, melakukan gerak kerja secara ukuwah dan lain – lain.

Semoga ceramah ini memberikan keinsafan dan pelajaran khususnya buat warga MPKj.

pic