MENU

Pada 29 September 2015 (Selasa) telah diadakan Program Wacana Pemimpin : Bersama Kami Membantu Asnaf bertempat di Dewan Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, Kolej Universiti  Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Program ini bertujuan perkongsian berkaitan kewajipan berzakat dan pengurusan zakat di Selangor.

Program Wacana Pemimpin ini dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.

Peserta adalah di kalangan Penghulu dan Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Pengerusi MPP Zon Kawasan, Ketua dan wakil JMB/JMC, dan Asnaf terdiri daripada ibu tunggal , pengurus rumah-rumah amal dan anak-anak yatim. Perasmian program Wacana Pemimpin disempurnakan oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat YDH Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Dato’ Engku Abdul Jalil Bin Abdul Rani.  

Melalui program ini, peserta berpeluang berkomunikasi dua hala bersama ahli panel iaitu Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah Zakat dan Ustaz Abdul Samad Bin Ibrahim, Eksekutif Dakwah Agihan berkongsi berkaitan pengurusan kutipan zakat di Selangor. Turut juga memberi ceramah Puan Roziah Binti Osman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.

Adalah diharapkan semua pihak dan agensi-agensi kerajaan dapat membantu memainkan peranan dalam memperkasakan kebajikan masyarakat khususnya Asnaf seterusnya meningkatkan taraf kehidupan seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor Kemiskinan Sifar.

pic