MENU

Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Seri Muslimah Spa Salun telah mengadakan Bengkel Asas Menggunting Rambut Siri 1 dan 2 pada 22 September 2015 dan 3 Oktober 2015 di Seri Muslimah Spa Salun Metro Avenue Kajang. Seramai 20 peserta telah menghadiri bengkel asas menggunting rambut dengan jayanya yang diadakan selama 3 jam sesi pembelajaran dengan kadar bayaran RM20.00 sahaja.

Taklimat ringkas diadakan oleh Puan Ruszila Binti Rusli selaku Pengarah Urusan dan Pengasas Seri Muslimah Spa Salun dan diikuti dengan tenaga pengajar Cik Norafida yang mengajar para peserta bengkel mengenai asas menggunting rambut iaitu memperkenalkan  jenis-jenis rambut, teknik guntingan, peralatan dan aksesori menggunting.

Turut hadir bengkel tersebut adalah Ahli Majlis Zon MPP 19 Majlis Perbandaran Kajang, Hajah Zainun Binti Haji Samah bersama komuniti zon mpp beliau menyertai bengkel asas menggunting rambut.

Objektif program ini adalah melatih komuniti menjaga penampilan agar sentiasa bersih dan sihat dengan seni kemahiran menggunting rambut selaras dengan pembangunan masyarakat iaitu mewujudkan Komuniti  Kajang Bersih Dan Sihat.

Melalui penganjuran program ini para peserta digalakkan menyertai kursus asas lanjutan menggunting rambut yang dibuka kelas pembelajaran pada hari biasa dan Sabtu di Seri Muslimah Spa Salun, Metro Avenue Kajang.

pic