MENU

Program Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah diadakan di TESCO Kajang pada hari Sabtu 29hb Ogos 2015 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Tujuan hari bertemu pelanggan diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan untuk membayar cukai taksiran & mengemukakan sebarang aduan atau permasalahan di kawasan tempat tinggal mereka terutamanya di kawasan pentadbiran MPKj. Program ini juga merupakan satu pendekatan untuk memberikan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra kepada para pelanggan.

Pada program ini pihak MPKj telah mengedarkan sebanyak 200 beg kitar semula kepada para pelanggan yang terawal selaras dengan saranan kerajaan Negeri Selangor supaya mencintai alam sekitar dan mengadakan kempen tanpa beg plastik pada setiap hari Sabtu. Turut dibuka adalah kaunter pendaftaran secara percuma dari Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat dan penjualan barangan kraftangan daripada orang asli Daerah Hulu Langat.

pic