MENU

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga MPKj telah menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2014 di Green Box Cheras Selatan, AEON Cheras Selatan Shopping Centre pada 27 Disember 2014 (Sabtu). Seramai 15 orang biro wanita telah menyertai majlis jamuan yang bermula pada jam 2 petang hingga 6 petang.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada Dr. Zainon Binti Ghazaley selaku  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal  Wanita Dan Keluarga MPKj. Kehadiran Ahli Majlis Wanita  Zon MPP 10, Puan Lee Shim Moi dan Ketua Bahagian Komuniti & Taska Jabatan Pembangunan Masyarakat, Puan Suzana Binti Shamsudin  dan Ketua Urusetia Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MPKj, Puan Norehan Binti Muhamad Zahidi turut menyerikan majlis jamuan tersebut.

Aktiviti dimulakan dengan acara memotong kek, sesi bergambar dan sesi menunjukkan bakat biro-biro wanita dengan selingan nyanyian  dan tarian santai. Adalah diharapkan majlis jamuan yang dihadiri oleh biro-biro wanita MPKj dapat mengeratkan hubungan Ahli Majlis wanita MPKj dengan biro-biro wanita daripada komuniti zon masing-masing di samping bertukar-tukar pandangan.

pic