MENU

Program Pengindahan Taman Tasik Cempaka telah diadakan pada 21 Disember 2014 (Ahad) dan bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Program ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Bangiku) dan Bangi Industry Administrative Association (BIAA).

Program ini bertujuan membersih dan mengindahkan kawasan tasik dan persekitarannya dengan kerjasama kakitangan dan pelajar Universiti, Ahli Komuniti, Ahli Industri dan Majlis Perbandaran Kajang.  Program ini juga melibatkan penanaman pelbagai jenis pokok hiasan dan pokok herba bersama masyarakat tempatan.  Untuk jangka masa panjang pula, kepakaran University akan digunakan untuk meningkatkan kualiti air di tasik dan anak sungai dengan pelbagai inovasi penyelidikan. Penglibatan sekolah-sekolah sekitar Bangi juga menyumbang dalam perancangan untuk tahun hadapan.

Aktiviti-aktiviti semasa program ini ialah senamrobik, pameran komuniti, pameran kualiti air, pemeriksaan kesihatan (Glukos, Kolesterol, Tekanan Darah, Kaunseling, Fisioterapi), gotong-royong (Pembersihan, Penanaman Pokok, Mengecat Mural, "Railing" dan Set Kerusi Taman "Simenfero") dan pertandingan sampah terberat.

Oleh yang demikian diharap program ini ke arah menghijaukan bumi dan merapatkan ukhwah.

pic