MENU

Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama KRT Seksyen 2 Prima Saujana telah mengadakan gotong-royong pada 14 Disember 2014 (Ahad). Antara yang terlibat sama ialah penduduk KRT Seksyen 2 Prima Saujana,  Bahagian Komuniti & Taska, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam dan Bahagian Lanskap.
 
Tujuan  gotong-royong ini adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk dan mencegah tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

Aktiviti yang telah dijalankan ialah membersihkan sampah di sekitar kawasan perumahan dan kedai.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini persekitaran yang sentiasa bersih dan selesa akan dapat dikekalkan.

pic