Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Pautan  |  Peta Laman  |  Bantuan  |  Bahasa  :   Melayu EnglishLain
Laman Utama » Rakyat » Mengenai Kajang » Latar Belakang

Latar Belakang

Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India.


Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang-orang melayu. Orang-orang cina tinggal secara berselerak di sekitar Bandar Kajang. Manakala kawasan-kawasan ladang getah didiami oleh orang-orang berketurunan India. Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang. 

Mukasurat: 1  2  

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 3388
Dikemaskini pada : 03 Oktober 2011
Tarikh Kemaskini : 03 Februari 2012 04:23 PM
W3C :
w3c
Vozme :
icon2
Pilih Saiz Tulisan :
icon3 icon4 icon5
Pilih Warna Tulisan :
icon6 icon7 icon8
Pilih Latar Belakang :
icon9 icon10 icon11 icon12