|
Maka dengan ini kami pekerja Majlis Perbandaran Kajang mengamalkan kod etika berikut sebagai garis panduan tugas kami:-  | Menghormati pelanggan jabatan sebagai manusia yang sama tanpa mengira kedudukan, keturunan dan bangsa. |  | Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua pelanggan jabatan. |  | Memberikan keutamaan pelanggan dalam urusan mereka dalam usaha mencapai objektif jabatan. |  | Memastikan rahsia pelanggan jabatan tidak dihebahkan kepada pihak-pihak yang berkaitan |  | Memastikan hak mutlak pelanggan jabatan dalam urusannya tidak diabaikan. |  | Memastikan pelanggan jabatan akan dilayan dengan penuh sopan santun, berbudi bahasa, penuh harmoni dan tanpa sebarang kekerasan dalam apa jua situasi. |  | Memastikan kehadiran pelanggan jabatan diberi layanan yang selesa, mesra dan dihormati. |  | Mengekalkan sikap kerjasama antara semua pekerja dengan menghormati kedudukan tugas, peranan, kemahiran dan pengetahuan mereka tanpa mencemarkan peribadi rakan yang lain. |  | Membentuk nilai dan semangat kekeluargaan dalam organisasi kearah mencapai matlamat jabatan yang murni. | | Memberikan sepenuh perhatian terhadap segala usaha jabatn ke arah membina kekuatan organisasi supaya sentiasa dihormati. | |
Jumlah Pelawat : 3787
Dikemaskini pada : 25 Mac 2011