Hubungi Kami  |  Soalan Lazim  |  Pautan  |  Peta Laman  |  Bantuan  |  Bahasa  :   Melayu EnglishLain
Laman Utama » MPKj » Tentang YDP » Perutusan YDP

Perutusan YDP

Perutusan YDP MPKj.

Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua warga MPKj dan penduduk di bawah pentadbiran MPKj.

Mulai 28 Februari 2007, saya telah dilantik menjadi YDP MPKj dan saya menerima jawatan ini sebagai satu amanah dan ianya satu tanggungjawab yang saya cuba laksanakan sebaik yang mungkin.

Saya memohon kerjasama daripada warga MPKj, Ahli-ahli Majlis dan semua penduduk agar dapat memberi kerjasama dan sokongan untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Tanpa kerjasama semua dan sokongan semua pihak, adalah sukar untuk saya melaksanakan tugas sebagai YDP MPKj, iaitu satu jawatan yang mencabar. Tugas ini akan menjadi lebih mudah dilaksanakan jika mendapat kerjasama dan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Dalam masa yang terdekat ini, saya akan berusaha untuk memahami tugas-tugas dan tanggungjawab 7 jabatan dan beberapa unit termasuk juga masalah-masalah yang mereka hadapi. Dasar-dasar dan program-program yang sedang dilaksanakan sekarang ini akan diteruskan sekiranya terbukti akan kebaikannya.

Saya juga akan berusaha untuk berkenalan dan bermesra dengan penduduk-penduduk di bawah pentadbiran MPKj melalui program-program yang dianjurkan oleh MPP dan lain-lain badan yang diiktiraf oleh MPKj. Maklumbalas daripada penduduk-penduduk adalah penting. Pandangan-pandangan dan komen-komen yang membina akan diambil kira dalam melaksanakan tanggungjawab MPKj. Maklumbalas boleh disampaikan selalui lisan, bertulis atau terus menggunakan laman web MPKj – www.mpkj.gov.my. Sistem penyampaian perkhidmatan MPKj kepada pelanggan akan terus disemak dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor, perkhidmatan asas MPKj kepada penduduk akan diberi keutamaan. Di samping itu, MPKj akan berusaha supaya penduduk merasa selesa, selamat dan seronok tinggal di kawasan MPKj. Pembangunan insan, pembangunan infrastruktur dan fizikal serta kemajuan perniagaan dan perpaduan kaum akan terus dipertingkatkan.

SALAM MESRA daripada YDP kepada semua warga MPKj dan seluruh penduduk di bawah pentadbiran MPKj.

“HEALTH IS WEALTH”

Y.Bhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman

Bookmark and Share
Jumlah Pelawat : 18031
Dikemaskini pada : 07 April 2011
Tarikh Kemaskini : 03 Februari 2012 04:23 PM
W3C :
w3c
Vozme :
icon2
Pilih Saiz Tulisan :
icon3 icon4 icon5
Pilih Warna Tulisan :
icon6 icon7 icon8
Pilih Latar Belakang :
icon9 icon10 icon11 icon12