MENU

azman cob

Nama : Azman bin Ismail
Emel   : 

Objektif
Memastikan penyelenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur dan tersusun berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat.

Fungsi

  • Memastikan pemaju mengadakan Mesyuarat Agung Pertama Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC).
  • Perlantikan Ejen Pengurusan di bawah Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
  • Memastikan pemaju / JMB / MC / Ejen Pengurusan menyerahkan akaun beraudit.
  • Menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
  • Memastikan pemaju memfailkan jadual petak.
  • Memastikan pemaju menyerahkan deposit kecacatan harta bersama.
  • Pemfailan penguntukan unit syer bagi pemajuan yang belum ditetapkan unit syer.

Jabatan COB adalah jabatan yang menyelia pengurusan dan penyenggaraan komuniti strata di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang selaras dengan Akta 757 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.

Misi

  • Semua kawasan pemajuan berstrata mempunyai badan pengurusan yang dapat menjalankan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama dengan baik.

Visi

  • Kehidupan yang berkualiti, harmoni dan selesa bagi kawasan pemajuan berstrata

Hubungi Kami
Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
Tingkat 3B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No.Tel/Faks : 03-87368375