MENU

Nama : Nor Shuhadah binti Buang
Emel   : shuhadah [at] mpkj [dot] gov [dot] my

Objektif

  • Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
  • Menilai, memeriksa, mengesahkan dan melaporkan tahap kepatuhan pengurusan kewangan dan pentadbiran Majlis ke atas undang-undang, pekeliling, peraturan dan polisi yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa dan pihak pengurusan tertinggi MPKj.
  • Mengemukakan cadangan dan syor penambahbaikan bagi meningkatkan mutu kualiti pentadbiran dan pengurusan kewangan selaras dengan laporan audit hasil dari penilaian, kajian, pemeriksaan dan pemerhatian yang telah dijalankan.
  • Melaksanakan penilaian, pemeriksaan dan melaporkan tahap kawalan yang telah diambil serta dipraktikkan bagi menjaga dan memelihara keselamatan pungutan wang, stor dan harta-harta majlis.
  • Menilai dan memeriksa tahap kecekapan prestasi pengurusan sesebuah aktiviti, program dan projek Majlis yang sedang atau telah dilaksanakan.

Matlamat Utama

  • Merencanakan dan mewujudkan satu sistem kawalan dalaman yang baik dan sempurna kepada pihak pengurusan ke atas hal ehwal kewangan, operasi dan projek MPKj.
  • Memastikan segala proses kerja dan operasi yang dijalankan oleh pihak pengurusan adalah mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang yang telah diwartakan.
  • Memastikan standard dan kualiti pengurusan organisasi Majlis adalah pada tahap yang baik dan bermutu tinggi.

 

Hubungi Kami
Unit Audit Dalam
Tingkat 7B, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87394808