MENU

Nama : Zahari Shukri bin Zainal, P.P.T
Emel   : zahari [at] mpkj [dot] gov [dot] my

Objektif

  • Memberi kesedaran terhadap pematuhan undang-undang serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan untuk warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan menaikkan imej Majlis selaras dengan dasar yang telah ditetapkan.

Fungsi

  • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui pemeriksaaan, bancian dan tindakan susulan terhadap perkara seperti Lesen Perniagaan, Penjaja Tanpa Kebenaran, Halangan Kaki Lima, Pusat Cuci Kenderaan, Pasar Malam/Pasar Pagi/Pasar Awam dan Penjualan Barang Lusuh.
  • Merancang dan mengatur tindakan operasi bersepadu terhadap perkara seperti Operasi Cyber Cafe Tanpa Lesen, Operasi Rumah Urut Tanpa Lesen, Operasi Halangan Tempat Letak Kenderaan dan Operasi Pusat Hiburan.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan mengenai kenderaan yang terbiar.
  • Membuat rondaan dan intipan terhadap aktiviti berkaitan pembuangan sampah haram.
  • Mengurus dan mengendalikan barang-barang sitaan serta menyediakan laporan barang yang hendak dilupuskan.
  • Menyediakan kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan di Mahkamah.
  • Menerima dan memberi maklumbalas terhadap segala aduan yang diterima melalui sistem, panggilan telefon dan bersurat.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap iklan tanpa kebenaran.
  • Membuat kawalan lalulintas serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah-pesalah lalulintas.

Misi

  • Melaksanakan serta memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan dengan effisen, adil dan berkesan kepada semua warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Visi

  • Mewujudkan proses tindakan penguatkuasaan yang adil dan saksama untuk semua warga di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Hubungi Kami
Jabatan Penguatkuasaan
Majlis Perbandaran Kajang
No 23-G, 23-1 & 23-2,
Jalan Metro Avenue 1, Metro Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-87377899 samb 2018,2002, 2010
Fax : 03-87371943