MENU

shariman

Nama : Shariman bin Mohd Nor, P.P.T
Emel   : shariman [at] mpkj [dot] gov [dot] my

Objektif
Menguatkuasa dan meningkatkan mutu persekitaran alam kepada orang ramai.

Misi
Memberi perkhidmatan terbaik

Visi
Mewujudkan perbandaran yang bersih dan selesa

Fungsi

Unit Pentadbiran dan Kewangan

  • Menyelaras pengurusan pentadbiran pejabat dan memproses segala tututan pembayaran di peringkat jabatan.

Unit Promosi dan Aduan

  • Merancang, mengurus dan mengadakan ceramah kepada pelbagai kumpulan sasaran berkaitan kesedaran dan pendidikan tentang Demam Denggi dan kebersihan premis makanan.
  • Menerapkan budaya dan melaksanakan program kesedaran amalan 3R di kalangan masyarakat.

Unit Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  • Memantau serta memastikan kebersihan kawasan operasi pentadbiran MPKj melalui perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dan kawal seliaan yang komprehensif, efisyen dan berkesan.

Unit Alam Sekitar

  • Memantau aktiviti kawalan haiwan kacauganggu, sampah haram dan pencemaran alam sekitar yang mengancam keselamatan penduduk di kawasan pentadbiran Majlis.

Unit Pengurusan Projek

  • Menyemak dan mengulas permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan siap & patuh.

Unit Kawalan Penyakit

  • Menjalankan pencegahan dan kawalan demam denggi di lokaliti kes demam denggi bagi tujuan mengesan dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Unit Kawalan Perniagaan, Kualiti Makanan Dan Kesihatan Am

  • Mengawal dan meningkatkan lagi taraf kebersihan kualiti makanan dari peringkat penyediaan hingga peringkat penjualan bagi premis penjualan makanan dan menjalankan penguatkuasaan dari segi kebersihan dan syarat-syarat lesen premis perniagaan.

 

Hubungi Kami
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Tingkat 4A, Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
No. Faks : 03-87367746