Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kajang telah menjalankan aktiviti yang melibatkan kakitangan MPKj dan juga penduduk setempat melalui Majlis Perwakilan Penduduk ( MPP ).
Tujuan aktiviti dijalankan bersama dengan penduduk di kawasan pentadbiran MPKj adalah bagi merapatkan silaturrahim di antara kakitangan MPKj bersama dengan penduduk-penduduk.
Selain daripada itu, banyak aktiviti dijalankan di luar kawasan pentadbiran MPKj. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan mengenal dunia luar. Pihak Kelab juga masih menghantar kontigen / pasukan untuk menyertai kejohanan dan pertandingan sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan mahupun pihak swasta.
Aktiviti kelab yang dijalankan adalah berdasarkan kepada aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab di bawah pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan, MPKj.
Antara aktiviti Kelab yang telah dianjurkan oleh KSK adalah seperti di lampiran.
TAHUN 2013
BIL |
AKTIVITI |
BULAN |
1 |
Pemberian cenderahati kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada setiap bulan |
Setiap bulan |
2 |
Sumbangan kebajikan seperti kelahiran, perkahwinan, kematian dan sebagainya. |
Setiap bulan |
3 |
Sukan 3 Penjuru Anjuran KSK MPKj |
15/2/2013 |
4 |
Pertandingan Bola Sepak Persahabatan MPKj dan Majlis Daerah Tanah Merah |
8/3/2013 |
5 |
Temasya Sukan Muhibah Laskar Wizurai Diploma Pengurusan Awam |
6/4/2013 |
6 |
Kejohanan Badminton Piala Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ( HASCUP 2013 ) |
10-12/5/2013 |