MENU

Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Seri Muslimah Spa Salun telah mengadakan Bengkel Asas ‘Facial’ Siri 1 pada  17 Oktober 2015 (Sabtu)  di Seri Muslimah Spa Salun Metro Avenue Kajang. Peserta-peserta  bengkel telah menghadiri bengkel asas ‘facial’ dengan jayanya yang diadakan selama 3 jam sesi pembelajaran dengan kadar bayaran RM20.00 sahaja.

Taklimat ringkas diadakan oleh Puan Ruszila Binti Rusli selaku Pengarah Urusan dan Pengasas Seri Muslimah Spa Salun dan diikuti dengan tenaga pengajar yang mengajar para peserta bengkel mengenai asas ‘facial’ iaitu menerangkan  jenis-jenis dan warna kulit, masalah kulit, cara membersihkan dan penjagaan muka. Turut hadir bengkel tersebut adalah Ahli Majlis Zon MPP 19 Majlis Perbandaran Kajang, Hajah Zainun Binti Haji Samah.

Objektif program ini adalah melatih komuniti menjaga penampilan sentiasa bersih dan sihat dengan seni asas kecantikan melalui ‘facial’. Selaras dengan pembangunan masyarakat mewujudkan Komuniti  Kajang Bersih Dan Sihat, melalui penganjuran program ini para peserta digalakkan menyertai pakej ‘facial’ ditawarkan secara pembelajaran profesional yang dibuka kelas pembelajaran pada hari biasa dan sabtu di Seri Muslimah Spa Salun, Metro Avenue Kajang.

pic