MENU

Jabatan Undang – undang dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Bengkel Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran pada 05hb. Mei, 2016.  Bengkel diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 32 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan yang melibatkan Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Jabatan Undang – undang dan Bahagian Hasil. Taklimat disampaikan oleh Encik Ananda P.Thatcanamoorthy dan Puan Farah Nur Atiqah bt Bahari dari Tetuan Nazrin Nasir T.Anand & Co.

Antara yang diterangkan oleh penceramah ialah cara kutipan tunggakan cukai taksiran mengikut Seksyen 148, 151 dan 156 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Masalah – Masalah Yang Dihadapi Berkenaan Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran, Tindakan Seksyen 151 (Lelongan), Perkembangan Terkini Undang – undang Berkaitan Cukai Taksiran, Prestasi Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran Setakat Bulan Mac, 2016 dan lain – lain lagi. Selain itu diadakan soal jawab bersama penceramah.

Diharap dengan adanya bengkel ini dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada semua kakitangan yang hadir.

pic