MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Bengkel Pelupusan Rekod pada 20 - 21 Februari 2018 dan juga Lawatan Ke Arkib Negara Malaysia pada 22 Februari 2018.  Bengkel diadakan di Hotel RHR, Uniten Selangor. Kursus dihadiri seramai 42 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan jabatan.  Bengkel ini disampaikan oleh Pn. Anis Syazwani Bt Fadzillah (penceramah) dan En. Abang Mohd Helmy bin Abang Razak (fasilitator) dari Arkib Negara Malaysia.

Tujuan bengkel ini diadakan untuk mengenalpasti konsep dan perundangan pelupusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Setiap Jabatan perlu melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pelupusan rekod yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia serta mengaplikasikan proses pelupusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang bengkel ialah peserta telah melakukan pelupusan fail secara praktikal dan diberi panduan cara mengisi borang-borang pelupusan yang sepatutnya.

Diharap dengan adanya bengkel ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para peserta dan dapat dipraktikkan di Jabatan masing-masing.

pelupusan