MENU

Unit Pusat Setempat(OSC) Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Senarai Permohonan Permit Pemajuan Unit OSC Serta Cadangan Resolusi Untuk Mesyuarat Penyelarasan OSC MPKj pada 25 Oktober 2018 di Hotel Bangi Putrajaya.

Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk Menyemak dan Menambahbaik Senarai Semak sedia ada yang sedang digunakan di Unit OSC yang melibatkan senarai semak bagi Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Pelan Infrastruktur dan CCC yang melibatkan Agensi Teknikal Dalaman (ATD) dan Agensi Teknikal Luaran (ATL) dengan mengambilkira keperluan dalaman yang relevan dan berkaitan sahaja.

Selain daripada itu, bengkel ini juga membincangkan mengenai Isu dan Cadangan Syor Resolusi Untuk Mesyuarat Penyelarasan OSC, MPKj yang akan diadakan pada Bulan November 2018. Program bengkel selama 1 hari ini melibatkan Agensi Teknikal Dalaman dan juga Agensi Teknikal Luaran di peringkat Daerah dan Negeri.

osc