MENU

Unit Integriti, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Bengkel “Pengurusan Risiko Rasuah” pada 11 hingga 13hb. Mei 2017 yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang iaitu Tuan Mohd Sayuthi bin Bakar.  Bengkel diadakan di Best Western i-City Shah Alam dan dihadiri seramai 50 orang kakitangan MPKj yang terdiri daripada kumpulan A, B dan C. Ceramah disampaikan oleh Ketua Pusat Pengurusan Risiko Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tuan Haji Ahmad Ariff Haji Mahidin dan dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Penguasa Kanan Puan Kho Lee Yee dan Ketua Penolong Kanan Penguasa Maizatul Idzwie binti Mad Ali.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tentang risiko rasuah dalam agensi. Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan melalui ‘slide show’, latih amal, pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab.  

Diharap dengan adanya bengkel ini, risiko rasuah di jabatan dapat dipantau dan kerjasama dapat diberi kepada Unit Integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras kegiatan rasuah serta budaya kerja yang lebih berintegriti dapat dipupuk di MPKj.

crm