MENU

Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Amalan 5S Melalui Amalan Kaizen pada 12-14 Julai 2017 yang dihadiri seramai 40 orang pegawai dan kakitangan. Bengkel dikelola oleh Encik Mohd Lizuan bin Abd Latif daripada syarikat Quality Mind Sdn Bhd selaku konsultan.

Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan amalan Kaizen dalam pelaksanaan 5S di pejabat iaitu penambahbaikan setiap prinsip–prinsip 5S supaya impak 5S di pejabat secara maksima. Aktiviti kumpulan yang dijalankan mengamalkan konsep perbincangan setiap ciri–ciri 5S secara khusus supaya dapat ditambah baik berasaskan konsep Kaizen.

Diharapkan bengkel ini dapat memberi input kepada pegawai dan kakitangan dan meningkatkan amalan 5S di pejabat.

kaizen