MENU

Pada 27hb. Oktober 2015, Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah “Biar Berkorban, Jangan Terkorban” di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj. Ceramah disampaikan oleh Imam Muda Mohammad Hafiz bin Abd Kadir dari Bank Islam Malaysia Berhad. Seramai 128 orang kakitangan dari pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri ceramah ini.

Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi penjelasan tentang pengorbanan masa dan kehidupan untuk perkara – perkara kebajikan dan disenangi oleh sekalian manusia. Antara yang disebutkan oleh penceramah ialah pengorbanan masa untuk Allah, kaum kerabat dan mendidik anak – anak. Selain itu diterangkan juga pengorbanan untuk mencari hasil kerja (rezeki) yang berkah dan mengurus harta pada jalan yang diredhai Allah.

Semoga dengan adanya ceramah ini, kakitangan MPKj dapat mengambil kesempatan muhasabah diri dan menganggap cabaran kehidupan di dunia ini hanyalah ujian daripada Allah.

pic