MENU

Unit Integriti, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah “Kerana Tamak Badan Binasa” pada 28hb. Mac, 2017.  Ceramah diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 111 orang kakitangan MPKj yang terdiri daripada kumpulan A, B, C dan D. Ceramah disampaikan oleh Ketua Unit Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor iaitu Tuan Mahamad Sukri Bin Abu Seman.

Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada kakitangan tentang pentingnya Integriti dalam pekerjaan seharian dan kesan buruk sekiranya tidak beramanah dalam menjalankan tugas.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan melalui ‘slide show’ dan soal jawab bersama kakitangan.  

Diharap dengan adanya ceramah ini, kakitangan dapat menjaga Integriti dan sahsiah diri.

integriti