MENU
Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah “Perkasa Integriti Perkasa Peribadi” pada 28hb. Januari 2016 (Khamis).  Ceramah diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 115 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Ceramah disampaikan oleh Ustazah Hjh Rahimah bt Hj. Abdul Jalil dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia.

Integriti secara umumnya bermaksud kejujuran, ketelusan, kesempurnaan, keutuhan tanggungjawab ke arah mencapai nilai – nilai murni sehingga berjaya membentuk prinsip moral yang tinggi dalam pelaksanaan tanggungjawab. Integriti berkait rapat dengan persoalan sikap, sifat, cara berfikir dan tindakan sehingga dapat melahirkan keberkesanan tanggungjawab. 

Diharap dengan adanya ceramah ini dapat memberi input kepada peserta untuk membentuk sikap yang positif  dan membantu meningkatkan peribadi ke tahap yang lebih tinggi.

 

pic