MENU

Ahli Jawatankuasa Kelab Bauhinia Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan ceramah Dunia Wanita Berkerjaya pada 4 Mei 2018. Ceramah diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, MPKj dan dihadiri seramai 150 orang kakitangan terdiri dari kalangan wanita. Kursus ini disampaikan oleh Ustazah Rafiza Binti Mohamed dari Zaadul Fikr Services.

Penglibatan dan peranan wanita dalam pelbagai aspek pembangunan negara sememangnya tidak pernah dipertikai. Hampir dalam setiap sektor sama ada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya, sumbangan wanita begitu jelas apatah lagi dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti sekarang. Penceramah telah menyampaikan motivasi serta khidmat nasihat yang berguna bagi meningkatkan semangat dan jati diri setiap peserta yang hadir.

Diharap dengan adanya ceramah ini peserta dapat mengharungi cabaran akan datang dengan lebih tenang dan seterusnya berjaya di dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

ceramah