MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Ceramah Maulidur Rasul : Cinta Rasul pada 30hb. November, 2018.  Ceramah diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 102 orang kakitangan pelbagai kumpulan dan jabatan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zaiffullah bin Jaafar Shidek  dari Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

Maulidur Rasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan satu peristiwa penting bagi seluruh umat Islam di dunia. Antara intipati ceramah merangkumi 3 perkara yang perlu diketahui oleh umat Islam dalam meningkatkan kecintaan ke atas nabi iaitu mencintai akhlak Rasulullah SAW, mengetahui bentuk nabi dan bagaimana mengharapkan kebaikan daripada nabi.

Diharap dengan adanya ceramah ini dapat membantu meningkatkan kecintaan kepada Allah dan juga Nabi Muhammad SAW.

maulidur