MENU

Pada 10hb. Mei 2019, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah Ramadhan Bulan Ibadah di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Noh bin Wan Hamat. Seramai 125 orang kakitangan dari pelbagai jabatan telah menghadiri ceramah ini.

Penceramah menerangkan bahawa kita hendaklah bersungguh – sungguh menyambut Bulan Ramadhan dengan memaknakan Ramadhan. Ramadhan bukan hanya berpuasa (perut) tetapi berpuasa hati dan fikiran. Terdapat peristiwa – peristiwa besar yang berlaku di dalam bulan Ramadhan iaitu Nuzul Al - Quran, Perang Badar dan Lailatulqadar. Kita hendaklah mencari jawapan Ramadhan pada 10 malam yang terakhir (Lailatulqadar) dan menyambut Syawal dengan mengembalikan fitrah kita.

Semoga dengan adanya ceramah ini, peserta ceramah mendapat input dan semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu.

ceramah