MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Ceramah Sempena Maulidur Rasul: Seandainya Rasulullah S.A.W. Masih Bersama pada 29hb. Disember, 2017.  Ceramah diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 81 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Ceramah disampaikan oleh Imam Muda Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan.

Penceramah menerangkan tentang mulianya akhlak Rasulullah S.A.W. yang telah ditunjukkan oleh baginda samada melalui percakapan, perbuatan mahupun sikapnya. Baginda juga telah dijelaskan di dalam Al – Quran yang memberikan panduan kehidupan, semuanya telah dipraktikkan oleh baginda rasul sepanjang hayatnya agar dicontohi oleh semua umat manusia.

Diharap dengan adanya ceramah ini dapat meningkatkan kasih sayang terhadap nabi dengan melakukan perintahnya seperti bersolat dan berselawat.

ceramah