MENU

27 Ogos 2021 (Jumaat)

Majlis Perbandaran Kajang berbesar hati menerima penghargaan daripada Puan Azah Sulaiman, Pengurus Koporat AEON CO. (M) BHD menyampaikan Sumbangan CSR 300 Pek Lunch Meal untuk FRONTLINER MPKj sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2021 Peringkat Majlis Perbandaran Kajang.

Tuan Yang Dipertua MPKj, Tuan Haji Najmuddin bin Jemain bersama Tuan Timbalan Yang Dipertua, Pengarah-pengarah Jabatan mewakili Frontliner MPKj hadir menerima penyerahan dari pihak AEON CO (M) BHD.