MENU

Pada 29hb November 2014 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di AEON Cheras Selatan Shopping Centre. Program kali yang ke empat untuk tahun 2014 di luar Menara MPKj ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.

Pada program kali ini MPKj telah menjemput beberapa agensi iaitu Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Kementerian Kesihatan dengan membuka kaunter bagi pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung. Pihak MPKj turut membuka kaunter aduan dan kaunter pembayaran cukai taksiran disamping mengedarkan beg kitar semula kepada pengunjung sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan negeri dalam menyemai semangat sayangkan bumi kepada penduduk di Selangor.  

Program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat dengan MPKj di dalam mewujudkan kehidupan yang selesa, selamat, maju dan aktif.

pic