MENU

Hebahan bagi Program “Earth Hour” 2021 telah dilaksanakan pada 27hb. Mac 2021 (Sabtu) melalui facebook dan instagram rasmi Majlis Perbandaran Kajang.

 

Program Earth Hour 2021 merupakan acara tahunan yang disambut diperingkat kebangsaan dan seluruh dunia. Ia dilaksanakan bertujuan bagi memberi sokongan penuh terhadap Program Earth Hour 2021 yang dianjurkan oleh World Wide Fund (WWF) serta memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan penjimatan tenaga terutamanya di kawasan Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dilaksanakan pada setiap tahun pada minggu terakhir bulan Mac selama 1 jam iaitu pada 8.30 – 9.30 malam.

 

Pada tahun 2021, pelaksanaan Earth Hour 2021 dilaksanakan secara maya di seluruh dunia dengan hashtag #StayAtHome&Share iaitu duduk di rumah dan kongsikan gambar atau video #EarthHour2021 yang disertakan “Caption” yang menarik mengenai kesedaran alam sekitar.