MENU

 

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Smart Kiddie telah menyertai Online International Innovation Competition (IIC): Inspire to Innovate 2021 yang dianjurkan oleh Institut Latihan Kemahiran Belia  & Sukan (IKTBN) dengan tema ‘Inspiring and Reviving the Creative and Innovative Mind in The Soul of The Participants’. Pertandingan ini terbuka kepada 5 kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), Agensi Kerajaan/ Swasta serta kategori terbuka (open category). Pertandingan ini berlangsung secara atas talian dimana peserta perlu memuatnaik projek / inovasi yang dilaksanakan bermula 1 Januari 2021 sehingga 14 Mac 2021. Keputusan pemenang telah diumumkan pada 18 Mac 2021 dimana Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Smart Kiddie telah berjaya merangkul Emas bagi kategori Agensi Kerajaan / Swasta.