MENU

Kanival kebudayaan Bandar Mahkota Cheras telah diadakan di Taman Rekreasi, kawasan perniagaan Bandar Mahkota Cheras pada 10hb Oktober 2015 yang dirasmikan oleh YB Ean Yong Hian Wah, EXCO Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram Dan Pembangunan Kampung Baru. Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat MPP Zon 4, 6 dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kira-kira 2000 orang penduduk terlibat dalam pelbagai acara yang berlangsung dalam karnival ini.  

Program ini berfungsi sebagai satu jambatan yang menjalinkan hubungan silaturrahim di samping dapat membimbing, membangkitkan serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Melalui program ini, prasangka dan ketidaksefahaman antara kaum dapat dikurangkan dan suasana yang harmoni dalam masyarakat turut diwujudkan. Hal demikian adalah sangat penting, terutamanya kepada negara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza-beza.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti permainan tradisional setiap kaum di Malaysia dan melepaskan sky lantern. Aktiviti-aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menarik minat para remaja untuk menyertai program ini.

pic