MENU

Karnival Bumi Hijau 2016 telah berjaya menarik 250 orang kehadiran masyarakat setempat di Taman Rekreasi Tasik Sungai Chua Kajang pada 23 Oktober 2016 (Ahad). Program ini telah dianjurkan oleh JKKK Kg. Baru Sungai Chua, JKKK Bukit Angkat dan JKKK Kwan Tung Baru dengan kerjasama Ahli Majlis MPKj Zon MPP 20 iaitu Puan Lim Kim Eng dan Majlis Perbandaran Kajang. Program Bumi Hijau ini dilaksanakan di seluruh Selangor ke arah memelihara alam sekitar dan meluaskan penggunaan teknologi hijau.
    
Kehadiran Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Y.B Elizabeth Wong Keat Ping bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Y.B Datuk Seri Dr Wan Azizah Bt Wan Ismail bersama-sama menyokong kempen ini dengan melakukan pembersihan Tasik Sg. Chua dengan melontarkan  ‘mudball‘ yang bertindak sebagai agen memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur, logam berat dan sebagainya. Program kempen Bumi Hijau diserikan dengan menanam pokok Euginia di tebing tasik bersama Ahli-ahli Majlis MPKj yang hadir iaitu Encik Mohd Rashidi Bin Hassan, Encik Lee Learn Eng, Encik Raman A/L Elangovan serta Ketua Kampung Baru Sg.Chua Encik Seow Zhu Xia, Ketua Kampung Bukit Angkat Encik Fong Thiam Fah dan Ketua Kampung Baru Kwantung. Program di Tasik Sg. Chua merupakan perintis dan selepas ini akan digerakkan di daerah lain di Selangor.  Ia menitikberatkan penggunaan teknologi hijau seperti tenaga solar dan sebagainya serta penjagaan alam sekitar oleh komuniti di sesebuah kawasan berkaitan. Program dimulakan di sini berjalan dalam tempoh lebih kurang tiga bulan.
    
Antara aktiviti-aktiviti menarik perhatian masyarakat setempat adalah mereka dikehendaki melawat dan melakukan aktiviti DIY ‘Do It Yourself’Handcraft CRC, DIY Menjahit Beg daripada Kain Rentang Terpakai, Health DIY , SandArt  dan Composting daripada Big Tree Waste Disposal Sdn Bhd. Kepada peserta yang berjaya melakukan aktiviti DIY berjaya mendapat cop dan melayakkan mendapat hadiah 10 Cabutan Bertuah dan 3 Hadiah Utama iaitu Basikal yang disumbangkan oleh TLS Fitness. Adalah diharapkan semua ahli masyarakat dapat bersama-sama memeihara dan memulihara alam sekitar dan mengekalkan konsep kehijauan.

bumi_hijau