MENU

Karnival Komuniti Sihat (KaSIH) telah diadakan secara bersama antara Ahli Majlis Zon 7 dan MPKj.  Bersama Persatuan Pelajar Farmasi yang menggabungkan Universiti Segi, Universiti Notingham dan Universiti Kolej Cyberjaya pada 4hb. Jun, 2016 yang mensasarkan masyarakat MPP Zon 7 terutamanya golongan warga emas, belia dan kanak-kanak . Lokasi program telah diadakan di Balai Raya JKKK Batu 13, Jalan Cheras, Kajang.

Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengenali jenis-jenis ubat serta cara mengendalikan dan menyimpan ubat.

Beberapa aktiviti yang berkaitan telah diadakan iaitu pameran berkaitan kenali ubat anda, denggi, berhenti merokok dan kesedaran tentang pentingnya vaksin kepada bayi dan kanak-kanak. Booth bagi kanak-kanak turut diadakan untuk demo membasuh tangan, syampu rambut, menggosok gigi serta pertandingan mewarna. Pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat percuma dibuka kepada orang ramai yang memerlukan.

Sebelum itu, DUN Kajang Hjh Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail telah merasmikan program ini. Karnival begini turut mewujudkan kerjasama sesama mereka di dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya menjaga dan memelihara kesihatan diri sendiri. Karnival ini berakhir jam 4.00 petang.

pic