MENU
Jabatan Pelesenan dan Penjaja, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan program Kempen Mesra Lesen & Permit MPKj pada 30hb Januari 2016 (Sabtu) bertempat di Bangi Gateway Shopping Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Program bermula jam 10 pagi sehingga jam 1 tengahari.   

Kempen ini bertujuan membantu peniaga-peniaga mendapatkan lesen dan permit perniagaan yang sah daripada MPKj menjalankan perniagaan. Sebanyak 4 lesen telah dikeluarkan dan 1 permohonan untuk proses berjumlah RM1,390.00 berjaya dikutip. Sebanyak 3 permohonan lesen perniagaan tidak dapat diproses kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap iaitu daftar syarikat tidak dikemaskinikan lagi. Manakala 4 pelanggan lagi hanya membuat pertanyaan dan permohonan mendapatkan borang sahaja.

Diharapkan kempen ini dapat merapatkan hubungan di antara pihak MPKj dan orang awam terutamanya peniaga-peniaga yang ingin memohon lesen yang sah daripada MPKj.

 

pic