MENU

Kempen Pencegahan Jenayah Bersama Komuniti Sungai Chua Kajang (Local Agenda 21) bagi Dun Kajang telah diadakan pada 4 Jun 2016 (Sabtu) dan bertempat di Pasar Sungai Chua Kajang. Program ini dianjurkan Majlis Perbandaran Kajang dan dirasmikan oleh Datuk Seri Dr.Wan Azizah, ADUN Kajang.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai soal keselamatan dan pertahanan diri kerana soal keselamatan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan tetapi tanggungjawab diri sendiri. Selain itu, mewujudkan kerjasama antara penduduk dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis Diraja Malaysia dan memberi pengetahuan kepada orang awam tentang tahap keselamatan kawasan perumahan yang dikawal secara sukarela atau berpengawal.

Aktiviti semasa program ini diadakan ialah penyampaian lampu suluh, vest, topi, wisel kepada 5 persatuan penduduk dan pameran dari agensi penguatkuasaan.

Pihak yang terlibat sama ialah orang awam, Persatuan Penduduk, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba Sukarela, Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MES, Syarikat Pembinaan Sri Gunung dan Majlis Perbandaran Kajang.    

Oleh yang demikian, diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk-penduduk melalui penjagaan harta benda sendiri dan tanggungjawab penduduk terhadap komuniti setempat.

pic