MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Asas Bahasa Mandarin pada 12hb. Februari, 2019.  Seramai 23 orang kakitangan MPKj telah menghadiri kursus ini dari pelbagai jabatan. Kursus diadakan di Mini Teater Cempaka Telur dan disampaikan oleh Puan Nurul Syuhaida bt Bakhtiar.

Objektif kursus ini ialah untuk melancarkan dan memudahkan urusan pekerjaan, dasar – dasar kerajaan dapat disampaikan dengan baik dan komunikasi 2 hala tercapai. Antara aktiviti yang diadakan adalah kerja berkumpulan dan latihan komunikasi dalam bahasa mandarin.  

Diharap dengan adanya kursus ini, dapat melahirkan warga kerja yang berpengetahuan dan berkeyakinan.

mandarin