MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Jati Diri – Budaya Kerja Cemerlang MPKj Bil1/2018 pada 28 hingga 30 Ogos 2018.  Kursus diadakan di Asia Camp, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan dihadiri seramai 41 orang kakitangan termasuk urusetia daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Kursus ini dikendalikan oleh perunding Xthreem Patron Enterprise.

Kursus jati diri ini adalah salah satu kursus tahunan Unit Latihan MPKj. Para peserta yang berjaya dipilih adalah diwajibkan menghadiri kursus ini. Kursus ini diadakan bagi memupuk kerjasama berpasukan setiap kakitangan. Kursus ini juga menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta melalui aktiviti lasak yang disediakan seperti jungle trekking , river floating dan water rafting. Antara kelainan dalam kursus jati diri kali ini adalah acara survival cooking, di mana setiap kumpulan diberikan bahan mentah dan perlu memasak makanan tersebut untuk makan tengah hari di dalam hutan.

Diharap dengan adanya kursus ini, ilmu yang dipelajari dapat diamalkan agar dapat memberikan hasil yang positif demi kecemerlangan dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian.

jatidiri