MENU

Majlis Perbandaran Kajang  telah menganjurkan Kursus Jati Diri Dan Riadah pada 20 dan 21 Disember 2016 (Selasa & Rabu) di Hutan Lipur Sungai Congkak. Program tersebut melibatkan 28 peserta terdiri daripada Pembantu Tadbir Ahli Majlis,  Pembantu Tadbir Jabatan dalam MPKj serta  Penggerak Belia Tempatan (PeBT ) MPP Zon. Manakala seramai 22 urusetia yang turut membantu penyelarasan program tersebut. Program ini adalah julung kali diadakan melibatkan Pembantu Tadbir Ahli Majlis MPKj di setiap MPP Zon sebagai kumpulan sasaran.

Objektif program membentuk sahsiah diri dari aspek mental, fizikal dan jati diri. Selain itu, melatih kepimpinan dalam penglibatan sosial dan semangat setiakawan. Aktiviti pada hari pertama sebelah pagi dimulakan penerangan taklimat program aktiviti pendakian (‘treking’) di Gunung Cenuang. Pendakian para peserta dan urusetia bermula jam 9.45 pagi dan mereka selamat tiba di puncak pada jam 2.00 petang. Semasa aktiviti pendakian terdapat cabaran dan halangan hujan yang menyebabkan jalan kaki gunung licin. Ada juga peserta yang tercedera semasa merentasi satu terowong buluh. Namun begitu, mereka akhirnya berjaya mengharungi kesukaran tersebut dengan semangat setiakawan iaitu tolong menolong sesama rakan. Para peserta selamat pulang ke ‘basecamp’ pada jam 6.30 petang. Aktiviti malam diserikan dengan aktiviti BBQ.

Pada hari kedua pula para peserta jati diri bersenam robik di Hutan Lipur Sungai Congkak. Mereka juga dikehendaki membuat tugasan berkumpulan iaitu menguji minda kreatif dengan memberi 9 tugasan penyelesaian masalah (‘check-point’) dalam kumpulan.

Adalah diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana maklum balas yang diterima daripada peserta sangat positif dan berupaya membina jati diri masing-masing.

jatidiri