MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Membina Kecemerlangan Komunikasi Interpersonal Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 7 hingga 8 April 2021 bertempat di Bangi Avenue Convention Center. Kursus ini dihadiri oleh kakitangan MPKj seramai 40 orang dari pelbagai jabatan. Penceramah bagi kursus ini ialah Encik Abdul Razak Bin Mohd Yassin dari META Training Sdn. Bhd.

Objektif kursus ini adalah bagi membentuk nilai komunikasi yang jelas dan efektif. Selain itu, untuk memahami kekuatan komunikasi yang berbeza antara satu individu dengan dengan individu yang lain. Kursus ini juga memberi menekanan tentang pentingnya satu komunikasi yang berkesan apabila berhadapan dengan pihak pengurusan.

Diharap dengan adanya kursus ini para peserta dapat berkeyakinan apabila berkomunikasi sama ada dengan rakan sekerja mahupun dengan orang awam. Semoga para peserta dapat meningkatkan lagi prestasi dan produktiviti di dalam kehidupan dan pekerjaan.