MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Tugas Dan Tanggungjawab Pendaftar Rahsia pada 05 hingga 07 Mac 2018.  Kursus diadakan di Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor. Kursus dihadiri seramai 30 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dan jabatan.  Kursus ini disampaikan oleh Encik Mike Palmer Anak Frankie Jaya dan Puan Dayang Munira Binti Bukari dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi kefahaman berhubung tugas dan tanggungjawab Pendaftar Rahsia, meningkatkan kompentasi dalam menjalankan tugas serta meningkatkan kualiti keselamatan Dokumen Terperingkat di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kursus berlangsung adalah seperti penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab Pendaftar Rahsia, proses pengelasan semula dokumen dan ancamannya serta latihan amali mengenai pengisian Buku Rekod Rahsia Rasmi.

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input yang positif kepada peserta dan membantu meningkatkan prestasi pasukan yang cemerlang.

daftar_rahsia