MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat MPKj. telah menganjurkan Kursus Pemantapan Tugas Ketua Zon 5S Dan Penambahbaikan MPKj pada 9 - 11hb. April, 2018.  Kursus diadakan di Kalumpang Resort & Training Centre dan dihadiri seramai 31 orang kakitangan MPKj yang telah mewakili jabatan masing - masing. Kursus disampaikan oleh Encik Mohd Lizuan bin Abd Latif.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan tugas Ketua Zon 5S dan menambahbaikan amalan 5S di jabatan masing – masing. Antara yang dibincangkan ialah perkongsian pengalaman organisasi contoh, keperluan standard baru Amalan Persekitaran Berkualiti (5S), Pembentukan Standard Baru Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dan pembentangan secara berkumpulan.  

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input dan pengetahuan serta mengaplikasikannya di tempat kerja.

5s