MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Pengendalian Dan Pengurusan Majlis Rasmi Majlis Perbandaran Kajang pada 15 dan 16 Julai 2019 di  Bilik Seminar 2, Dewan Seri Cempaka MPKj.  Kursus ini dihadiri oleh kakitangan Majlis Perbandaran Kajang seramai 30 orang. Kursus ini disampaikan oleh Encik Hafiz Mustapha dari Perunding Cute Carry Sdn Bhd.

Kursus ini diadakan adalah untuk memahami aspek praktikal dan teori pengendalian majlis dan protokol di dalam majlis rasmi, separa rasmi, tidak rasmi dan kehidupan seharian. Selain itu, membentuk imej dan penampilan agar bersesuaian acara, budaya, agama dan tempat serta memahami aspek pengendalian majlis tempatan dan luar negara. Aktiviti yang dijalankan ketika dalam kursus ini adalah peserta hendaklah mengendalikan satu majlis rasmi dalam dewan tersebut.

Dengan adanya kursus seumpama ini diharapkan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang dapat meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan majlis rasmi, separa rasmi dan tidak rasmi pada masa akan datang.

urusmajlis