MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod pada 27 - 28  Disember 2017.  Kursus diadakan di Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi dan sesi lawatan ke Pejabat Pendaftar Bahagian Canselori. Kursus dihadiri seramai 30 orang kakitangan yang terdiri daripada Kumpulan A, B dan C dan daripada pelbagai jabatan.  Kursus ini disampaikan oleh Encik Muhammad Amirul Abdul Razak dan Encik Mursidi Ahamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan produktiviti bagi pengfailan dan juga rekod. Pengurusan rekod ini juga membantu dari segi kawalan secara efisien dan sistematik bagi pengwujudan , penerimaan, penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan rekod. Kawalan ini termasuk memelihara bukti dan maklumat dalam bentuk rekod mengenai aktiviti dan transaksi sesebuah organisasi. Antara aktiviti yang diadakan semasa kursus ini berlangsung adalah perbincangan secara berkumpulan dan juga membuat lawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bagi mengguna pakai cara rekod yang betul dan melihat sendiri pengurusan pengfailan dan rekod di sana.

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input yang positif kepada peserta dan membantu meningkatkan prestasi pengurusan rekod di Majlis Perbandaran Kajang.

rekod