MENU

 

8 – 10  Disember 2021. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPPK) telah mengadakan satu Kursus Pengurusan Stress di Kalumpang Resort. Kursus ini dianjurkan bersama – sama Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan dan telah dihadiri seramai 40 orang peserta daripada JPPK.

Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan antara pegawai dan kakitangan di JPPK dan dalam masa yang sama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di dalam jabatan. Antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah motivas dan juga aktiviti fizikal luar yang dapat membentuk semangat sepasukan.

Adalah diharapkan dengan berlangsungnya kursus ini dapat memantapkan lagi mutu perkhidmatan untuk diberikan kepada masyarakat.