MENU

Pada 10 - 11hb. Februari 2020, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Kursus Penulisan Minit Mesyuarat, Surat Rasmi dan Laporan di Bilik Seminar 2 dan 3, Dewan Seri Cempaka, MPKj.

Kursus disampaikan oleh Encik Jumari bin Kosrin dari Xthreem Patron Training Team. Seramai 34 orang kakitangan daripada pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan dalam menghasilkan penulisan surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat, mengaplikasikan format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan dan menggunapakai penggunaan tatabahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah kerja berkumpulan dan penerangan melalui slide.

Semoga dengan adanya kursus ini dapat membantu para peserta mendapat input serta mengaplikasikan di dalam kerja seharian.

kursus