MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat Rasmi Dan Memo pada 25 - 26hb. Julai, 2018.  Seramai 27 orang kakitangan MPKj telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (K) dan Pembantu Tadbir pelbagai jabatan. Kursus disampaikan oleh Encik Zaidi bin Ismail dari Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Objektif kursus ini ialah untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan berbahasa yang baik bagi digunakan dalam penulisan surat rasmi dan memo. Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan tentang ejaan dan pembentukan kata asas tatabahasa, fungsi, jenis dan format surat rasmi dan memo serta latihan dan pembentangan.  

Diharap dengan adanya kursus ini, kakitangan dapat menguasai ilmu tatabahasa, mengenal pasti dan menganalisis kesalahan bahasa serta dapat memurnikannya dalam bentuk komunikasi tulisan.

kursus